Terma & Syarat: Stokis & Ejen

Berikut adalah terma & syarat untuk menjadi stokis dan ejen Bukan Soal Kurus oleh Kevin Zahri:
  1. Anda hendaklah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan warganegara Malaysia untuk menjadi STOKIS mahupun EJEN dibawah Bukansoalkurus.com.
  2. Anda perlu mengisi segala maklumat dan butiran yang lengkap & sahih pada borang pendaftaran untuk perakuan dan pengesahan dari pihak KZ EVENTS SDN.BHD. yang anda adalah EJEN atau STOKIS yang SAH dan layak mendapat harga dan diskaun yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu, KZ EVENTS SDN.BHD. berhak menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan. (Syarat WAJIB menjadi Ejen / Stokis).
  3. Ejen: Untuk melayakkan diri menjadi seorang EJEN, anda perlu membuat pembelian minima SEPULUH (10) barangan dengan nilai pembelian minima RM400 dalam 1x invois. Pembelian ejan diberi diskaun 20% dari nilai pasaran atau MSRP yang terpapar di bukansoalkurus.com
  4. Stokis: Untuk melayakkan diri menjadi seorang stokis, anda perlu membuat pembelian minima LIMA PULUH (50) barangan dengan nilai pembelian minima RM1,600 dalam 1x invois.  Pembelian stokis diberi diskaun 30% dari nilai pasaran atau MSRP yang terpapar di bukansoalkurus.com
  5. Super Stokis: Untuk melayakkan diri menjadi seorang super stokis, anda perlu membuat pembelian minima LIMA RATUS (500) barangan dengan nilai pembelian minima RM16,000 dalam 1x invois. Pembelian stokis diberi diskaun 40% dari nilai pasaran atau MSRP yang terpapar di bukansoalkurus.com. Pemilihan super stokis amat terhad.
  6. Penghantaran pesanan ejan/stokis/super-stokis adalah PERCUMA di Semenanjung Malaysia dan ditanggung oleh KZ EVENTS SDN BHD. Untuk Sabah, Sarawak dan negara lain, kos penghantaran ditanggung berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak.
  7. STOKIS/EJEN bertanggungjawab sepenuhnya diatas segala perkongsian maklumat dan iklan yang dipaparkan oleh STOKIS/EJEN sepanjang penjualan dijalankan.
  8. Sekiranya pihak kami menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan salahguna yang berhubung-kait dengan Bukansoalkurus.com atau KZ EVENTS SDN.BHD., ATAUPUN berlaku pelanggaran undang-undang yang SAH atas tindakan STOKIS dan EJEN (termasuk dan tidak terhad pada HAK CIPTA terpelihara), pihak kami akan mengambil tindakan termasuklah perlucutan status STOKIS dan EJEN.
  9. Pengiklanan, pemasaran dan sebarang promosi produk Bukansoalkurus.com hanya dibenarkan menggunakan produk ASAL, GAMBAR ataupun paparan IKLAN yang disediakan oleh KZ EVENTS SDN. BHD. sahaja. Ejen & Stokis yang ingin buat pengiklanan sendiri dengan penggunaan logo & imej produk atau Kevin Zahri perlu mendapatkan kebenarkan pihak Bukan Soal Kurus terlebih dahulu.
  10. Setiap STOKIS dan EJEN adalah diingatkan supaya menjual produk Bukansoalkurus.com mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. STOKIS/EJEN adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk Bukansoalkurus.com samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan oleh KZ EVENTS SDN. BHD.
  11. STOKIS/EJEN bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat lengkap dan betul termasuk alamat penghantaran STOKIS/EJEN kepada pihak KZ EVENTS SDN.BHD. untuk proses penghantaran produk. Pihak KZ EVENTS SDN.BHD. tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kesilapan alamat penghantaran yang menyebabkan STOKIS/EJEN gagal menerima produk dan kos penghantaran semula ditanggung sepenuhnya oleh STOKIS/EJEN tersebut.
  12. Semua STOKIS dan EJEN diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran supaya pengurusan penghantaran dapat dijalankan dengan lancar. Pembayaran perlu dibuat kepada akaun KZ EVENTS SDN.BHD SAHAJA melalui Pemindahan Wang (Credit Transfer), Kemasukan Wang ( Cash Deposit ) dan Kaunter Bank Deposit( Bank Counter Deposit ).
    Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas bukti pembayaran diterima oleh pihak KZ EVENTS SDN.BHD. dan proses penghantaran barangan dilakukan dalam tempoh 2-7 hari bekerja selepas bukti pembayaran diterima.
  13. Penghantaran produk akan diuruskan oleh pelbagai servis penghantaran bergantung kepada saiz dan berat setiap pesanan produk. KZ EVENTS SDN.BHD. berhak untuk melanggan atau menggunakan mana-mana servis penghantaran yang tersedia tanpa sebarang notis kepada STOKIS dan EJEN.
  14. KZ EVENTS SDN.BHD. berhak menyahaktifkan status mana-mana EJEN atau STOKIS jika tiada transaksi diterima dalam tempoh 3 bulan.
  15. Sekiranya mana-mana Terma dan Syarat di atas tidak dipatuhi oleh EJEN dan STOKIS, secara langsung kelayakan dan status sebagai EJEN atau STOKIS akan terbatal dengan serta-merta tanpa sebarang notis di bukansoalkurus.com
  16. KZ EVENTS SDN.BHD. berhak untuk mengubah, menggubal dan menukar mana- mana terma dan syarat dari semasa ke semasa dengan notis bertulis dalam tempoh 7 hari jika terdapat sebarang penukaran.
x